Tuesday, March 8, 2011

H.U.J.A.N

Assalamualaikum,



Tajuk untuk entry kali ini adalah H.U.J.A.N..
tiap-tiap ari hujan...
tapi hujannya waktu petang time nak balik krja...
x pa la kalau hujan time petng sekurng2nya balik krja dah...
kalau hujan time gi kerja ka x haru biru...hehehe...
alamatnya hujan lebat ribut taufan pun kna dtang kerja jgak...
hampeh tol pnya syarikat...
x da perasaan kasihan langsung.....

tapi apa2 pun syukur alhamdullilah krana hujan turn waktu ptng....
sekurang2nya basah lencun pun time dah nk balik krja...


nie keadaan apbila hjan turn tapi x sma sperti pic nie tau....
coz nya sya bwa motor bkan bsikal....hihihihi :)


Bercakap pasal hujan mesti ramai yang mengeluh kan???
saya tahu sbab saya pun mengeluh jugak  
ya la rancang punya rancang gan kwan nk g klinik untuk rawatan kulit akhirnya
 trpaksa ditunda sebab hujan...
terpaksa la g hri len....huhuhu sedih...
tapi pa pun di sebalik turunnya hujan da hikmahnya yang kita x tau...


Pastu mesti ramai yang cakap:
-ish, kalau camni bila baju-baju ni nak kering??
-Ala..hujan lagi?!
-susah la nak buat pape bila hujan camni..

Tapi, cuba duk diam sekejap dan berfikir. Fikir dan fikir. Lupakah kita?? Siapa kita di atas muka bumi ni? Rakyat Malaysia..anak mak ngan abah..lagi..lagi.. Memang lupa ek sapa kita? Ye. Kita HAMBA ALLAH. Kita orang ISLAM. Kita MUSLIM. Jadi sapa kita untuk mengeluh dengan ketentuan Allah. Sepatutnya kita bersyukur dengan setiap apa yang ditentukan. Kerana setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Fikirkan saudara2 kita yang lain yang nasibnya lebih buruk daripada kita. Bersangka baik lah dengan Allah.


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)


ohh..nak nangis la.. Lalainye saya.. lupanya saya.. tak bersyukurnya saya.. T_T
Berbalik pada HUJAN. Daripada duk membebel2 tu, bukankah lebih baik kita gantikannya dengan doa??

Hakikatnya H.U.J.A.N itu R.A.H.M.A.T


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)


Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan~

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

Haa..Allah tu kan Maha Bijaksana. Apa saja yang berlaku tu di bawah pengetahuanNYA. Jadi, sapa kita untuk condemn? Kita hanya hamba yang diciptakanNYA untuk menurut segala perintahNYA.
.
Jadi, lepas baca ni, tak mau dah bersungut lagi.. Tak mau 2x. Sama2 kita semua jadi hamba Allah yang bersyukur~ ^_^

Wallahua'alam.

p/s: Sebenarnya, ramai je yang dah tau.. Tapi lumrah makhluk yang bernama manusia. Memang sering lupa dan perlu selalu diingatkan. 




2 comments: