Friday, December 31, 2010

Azam Tahun 2011



as usual, setiap kali nak masuk tahun baru mesti korang dah ada checklist apa azam korang utk tahun 2011..aku tidak terkecuali tp azam aku utk tahun 2011 ni lebih kepada rancangan aku sepanjang 2011..


Checklist 2011
1. Study smart, don't study hard
2. to succeed in the practical semester
3.want to keep the lovers heart
4.i want to be successful in life
ni je azam aku? sikit je kalau nak compare azam tahun sebelumnya..and now aku baru sedar yg azam sebelum ni lebih byk mengarut dan lepas je buat azam aku tak penah buat apa yg aku ptt aku buat dlm checklist azam aku tahun sebelumnya..tak ke mengarut namanya tu? so kali ni azam aku lebih pd apa yg aku rancang..

main target,aku nak berjaya dalam semester nie...harap2 aku dpat la A++ dalam semester 4 nie...
hehe boleh kalau aku usaha btul2...
aku dah berAZAm untuk tahun 2011 nie...korang jangan nak gelak pla kt aku...:)

lagi satu,aku x mau dah sakitkan hti orang yang aku sayang...
kesian dia hari2 kena jer mengalah gan aku...kalau pa yang aku minta dia x wat hehe pa lagi merajuk la aku..kesian kat my love aku...
apa2 pun aku berazam x akan sakiti hti dia lagi....

Amin mudah-madahan azam kali akan tercapai dari azam sebelum nie..


by me to my love

Done living surviving
Holding on the bridge so i don't fall in 
Ignoring me as a dead Zombie
Keeping my tears in saying probebly
Real life become so hard so i run to dreaming
All around my mind & every corner
Madness love n julliett story scene
Everything is wonderfull when ur real
Love fills my heart when i see u n me
A part of me saying maybe
Been once with u my only
darkness is our way out my dear
Obssetion turn me to a Zombie
Ultimate love has my heart to carry
I can't hide the fact the u r for me
Lie n say u don't love me
OH ! i do knw that i love you fr eternity
Veritable feeling no one can see
Effect us with every hug and every kiss
You are will be my Baby
One word huny
Ultimately we”ll live happily

i LOVE u ALWAYS

Maafkan Saya..



Maafkan saya awak  

Kerana saya selalu sakitkan hati awak

Saya selalu pentingkan diri

Saya tak jaga perasaan awak


Maafkan saya awak

Kerana saya selalu tak pedulikan awak

Saya selalu buat tak tahu dengan awak

Mesej awak pun saya jarang balas

Saya selalu sibuk


Maafkan saya awak

kerana saya selalu pentingkan diri saya

awak sakit pun saya paksa awak suruh col saya

sampai awak terpaksa menurut cakap saya

saya hanya pentingkan diri saya



Maafkan saya awak

Kerana saya selalu tak faham awak

Saya selalu nak awak je yang faham saya

Saya selalu tak kesah pasal awak

Walaupun saya selalu sakitkan hati awak

Tapi awak tetap bersama saya

Walaupun saya selalu tak pedulikan awak

Tapi awak tetap risau pasal saya

Walaupun saya selalu tak faham awk

Tapi awak tetap tahu apa yang saya suka dan tak suka

Maafkan saya muhammad asrul nizam...


P/S : :saya buat coretan ini untuk awak ikhlas datang


 dari hati saya sendiri.. Maafkan saya awak..~



Thursday, December 30, 2010

Aku dan Kekasihku



Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?
 Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.selain tu aku pun pa lagi menatap la gambar DIA smpai aku tertidur...FUHHH betapa rndunya aku pada DIA...
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta pandang pertamalah orang kata kan tiba-tiba clash gitu aje. Huhu sapa x sedih dah la first cinta,tiba-TIBA putus cam tu jer... Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Ish! Rindu sangat dah ni!!
Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini.
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun banyak HALANGAN yang melanda
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

Wednesday, December 29, 2010

Manusia Tidak Pernah Sempurna...

   Assalamualaikum buat sahabatku yang mengenali diriku ini... :rolleyes:


Manusia adalah hambaNYA yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat.
Tidak ada manusia yang berada didunia ini terlepas dari melakukan dosa dan maksiat
tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar.Tidak kiralah dari golongan,keturunan
atau apa pangkatnya termasuk ahli ahli ibadah juga tidak lekang dari melakukan dosa
dan maksiat.Janganlah sesekali kita merasa bersih dari dosa dan yakin bila mati
nanti terus masuk syurga kerana selangkah sahaja kita bergerak kita telah terlibat
dengan dosa.Malahan perjalanan menuju ke masjid juga ada ketikanya membawa dosa dan
tidak berbaloi dengan keinginan untuk mencari redha ALLAH apabila di dalam perjalanan
bertembung dengan insan yang berlainan jenis lalu mata saling memandang ..itupun
sudah di kira maksiat.Apakah kita mesti lari dari semua manusia di dunia ini?
 Sebagai manusia kita ada keperluan untuk keluar mencari ilmu,mencari rezeki dan berbagai urusan yang lain yang memerlukan kita keluar dari rumah.

Bila memperkatakan soal haram ini,bukan lelaki sahaja yang haram melihat wanita malahan
wanita juga haram melihat lelaki walaupun sekadar mengintai dari celah celah dinding atau
melihat lelaki buta konon lelaki buta itu tidak nampak mereka.Sesuai dengan satu kisah
yang berlaku di zaman Rasulullah. Suatu hari ketika Rasulullah sedang berehat di rumah
bersama Aisyah ra,terdengar orang memberi salam, apabila Rasulullah bangun,Aisyah pun
bangun sambil melihat sama di pintu tetapi Rasulullah melarangnya tetapi Aisyah
menyata Wahai Rasulullah, itukan Abdulah Makhtum {seorang tukang azan yang buta kedua
belah matanya}bukannya boleh melihat tetapi Rasulullah menyatakan dia tidak boleh melihat
tetapi engkau boleh.Namun begitu untuk tujuan menuntut ilmu di haruskan.

Inilah yang di katakan oleh
 Rasulullah SAW:" bahawa akhir akhir zaman ini,maksiat adalah ibarat beras dan kebaikan itu ibarat antah"

Akhir zaman yang di katakan oleh Rasulullah itu Ialah zaman di mana kita berada sekarang
Memang telah nyata kita sekarang sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat yang tiada
kesudahannya oleh itu ALLAH swt menuntut kita untuk membersihkan diri dari gelumang dosa
dan maksiat ini dengan bertaubat dan memohom keampunan dari ALLAH setiap masa dengan
ikhlas,khusyuk dan tawadduk

Mohonlah pengampunan dari ALLAH walau sebanyaknya dosa dosa kita,Allah yang bersifat penyayang
dan pengasih malahan maha pengampun pasti akan menerima taubat hambaNYA walaupun seandainya
dosa dosa hambaNYA itu seberat dunia dan sebanyak bintang di langit ALLAH SWT tetap akan
membentangkan tangan rahmatnya dan menerima hambanya yang datang kepadaNYA dengan taubat
nasuha itu dengan penuh kasih sayang.Sedarlah bahawa ALLAH SWT amat mencintai hambaNYA
dan tidak mahu hambaNYA menderita apabila tiba di akhirat nanti.Hanya manusia yang sifatnya
sebagai hamba ini yang tidak pernah sedar dari melakukan dosa dan maksiat.Semoga sebagai
manusia yang sentiasa leka dengan dosa dan maksiat ini ,kita dapat berjumpa jalan pulang
yang hakiki disisiNYA dan sentiasa dalam redha ALLAH.

Carilah ALLAH kerana ALLAH sentiasa ada untuk memberikan kasih sayangNYA kepada kita.


 :rolleyes: ISLAM UNTUK SEMUA :rolleyes:  peringatan untuk diri sendiri.......


p/s :saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana kita tidak sempurna :lol: