Friday, July 22, 2011

sudi2kanlah follow blogger yang terbaru,:)

Assalamualaikum semua kawan-kawan blogger..
Sudah lama rasanya tidak membuka blogger mawar cinta ini..
Terasa rindu teramat-amat sangat kat sayangku nie(semestinya mawar cinta nie)J
Dah dekat 4 bulan rasanya blog nie bersawang tanpa cerita terbaru..
Bukannya apa, duk asyik dengan blogger terbaru terlupa dengan blogger yang lama..
Jangan marah ya syang!, saya tetap sayangkan awak..
Dah banyak luahan dari hati nie yang telah dicurahkan kat awak,
X kan lah saya nak biarkan awak begitu aja, heeee J
Kepada semua kawan2 blogger yang telah follow saya kat blogger ini,
Bolehlah follow saya di blogger yang terbaru…
Boleh dikatakan sama aja blogger yang lama dengan blogger yang terbaru..
Cuma yang bezanya di blogger terbaru ceritanya hanya secara menyeluruh..
Tidak termasuk cerita hal peribadi..kepada yang sudah follow blogger yang lama,kalau nak
Follow blogger yang terbaru silakanlah..kedatangan anda semua sentiasa dialu-alukan..
Nie link untuk ke blogger terbaru saya..

Saturday, April 30, 2011

~~Selamat Hari Lahir Muhammad Asrul Nizam~~


Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You..
Happy Birthday Muhammad Asrul Nizam..
Happy Birthday to you..


nie kek untuk nizam....
nizam kan suka makan kek coklat kan..kek nie khas nabila hadiahkan kt nizam..
hehehehe...

janganlah marah k nanti cepat tua..
nanti nabila belikan kek k..
walaupun kek x seperti gambar di atas,asalkan bernama kek sudah lah yer...
hehehhe..

nabila nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke-22 tahun..
semoga nizam dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan bahagia di samping orang tersayang..
nabila jugak nak minta maaf jika selama kita bersama ada salah dan silap maafkan saya..
dah tua dah awak la nie kan..
dah masuk umur 22 tahun...

nak hadiah dak??
mestilah awak nak hadiah kan...bukan senang saya nak bagi hadiah kt awak...
tunggu hari lahir lah baru dapat hadiah kan...
bukan saya kedekut cuma perlu berjimat cermat..
hehehehe..ok nie adalah hadiah untuk awak..
coznya saya tunjuk hadiah tu kat sini sebabnya hari nie hari lahir awak..
cuma hadiah nie lambat sampai di tangan awak coznya saya lambat balik kampung..
awak tengok kat sini dulu erk..jangan tup tap tup tap pulak..:))
saya tunjuk 1 jer hadiah kat awak tau..yang len2 secret ok...
kalau nak tunggu saya balik sana k...hehehhe



awak tengok sikit2 dah ler k..
apa2 pun selamat hari lahir yang ke-22 tahun..




Friday, April 29, 2011

~~Berakhirlah sebuah episod duka lara~~

Assalamualaikum semua....harap2 kekawan blogger saya sentiasa sihat2 walafiat..
betapa gembiranya hati ini tatkala menulis entry ini..
semestinya korang tau kan sebab per saya happy sangat2..???
sebabnya....jeng..jeng....
sebabnya hari nie adalah hari terakhir saya praktikal di puncakmas..
betapa gembira hanya allah sahaja tau...
sampai x tidur lah saya semalaman sebab terlalu excited sebab hari nie last saya berada di puncakmas...
pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya menjalani praktikal di sini..
ada kenangan manis dan kenangan pahit yang akan sentiasa terpahat di dalam hati ini..
ada beberapa kawan yang lain sudah mengakhiri zaman praktikal awal sehari dari saya..
semalam adalah hari terakhir mereka di tempat praktikal..
tapi hari ini adalah hari terakhir saya untuk tamatkan praktikal di sini...
betapa banyaknya kenangan buruk berbanding kenangan manis di sini..
tapi saya tetap akan abadikan puncakmas di dalam hati ini sampai bila2..
dari sini jugak saya belajar macam2 dalam meningkatkan ilmu pengetahuan di samping merasai pengalaman sewaktu bekerja nanti...walaupun agak pahit tetapi saya tetap berterima kasih kerana sudi amik saya dan kawan2 untuk wat praktikal di puncakmas..tanpa puncakmas sudah tentu kami x kan dapat jalani praktikal...
x kan dapat tamatkan praktikal dengan jayanya...
alhamdullillah akhirnya saya dapat tamatkan praktikal untuk semester 4 ini...
selepas ini,ada lagi setahun untuk berjuang dalam diploma untuk mendapatkan sijil diploma..
itu hadiah yang paling bermakna untuk dihadiahkan kepada emak dan ayah saya nanti...
hanya setahun sahaja lagi...pejam celik pejam celik sudah smpainya waktunya...
setiap pertemuan tetap ada perpisahan..selama 3 tahun di alor star,pelbagai pengalaman yang saya alami..
saya jugak bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang layak digelar sahbat dunia akhirat..
kerana sanggup bersama saya ketika susah dan senang..
terima kasih x terhingga nur aini bt zaim...hanya allah dapat membalas segala kebaikan awak dan keluarga awak...
tinggal lagi setahun..agak sedih untuk saya tinggalkan awak nanti...tapi saya x kan lupakan awak sampai ke akhir nyawa ini....

inilah sahabat yang saya ceritakan sebentar tadi...dia seorang wanita yang tabah,sangat baik,dan hormat kedua orang tua dan kawan2...saya beruntung sebab dipertemukan dengan awak...terima kasih yang x terhingga kerana awak banyak tolong saya ketika susah dan senang...

gambar ini akan saya abadikan di dalam hati ini..
boleh dikatakan gambar kita bersama memang x banyak...
saya tetap akan simpan gambar ini sebagai kenangan kita bersama...
nanti kita tangkap gambar bnyak2 tau untuk wat kenangan masa di hari tua nanti...
hehehhee...:))

berbalik kepada cerita asal...
saya memang happy sangat2..
happy sebab saya boleh balik kampung untuk bertemu insan yang saya sayangi..
semestilah mak ayah adik serta njang yang amat saya sayangi selalu..
selama dua bulan nie saya akan bersama mereka di rumah...
tau2 lah bila duk gan mak ayah memang gemuk lah kita kan..
macm2 mak kita masak untuk kita..tambhan laksa my favourite...tup tap tup tap....:)
bertambah cubby la silap hari bulan badan mcam enot per...hehehehehe

x mau badan mcam enot...nak kurus masa zaman sek dulu....
la nie dah gemuk...x suka x suka....:'(

ha yang baju warna hitam 2 saya lah..kurus dak???
ha masa nie berat badam lingkungan 50 jer tau..la nie faham2 ler noh...
gemuk2.....nak kurus....pas nie nak joging tiap2 pagi...

korang mesti nak tau kan pejabat saya di mana...
pejabat tempat saya praktikal beropersi di belakang bank islam nie...
amik masa setengah jam ler dri rumah abg saya ke tempat kerja...

nie ler tempat duka lara saya sepanjang 5 bulan nie...
pelbagai kenangan manis pahit bersama sahabat saya...
kami tempuhi dugaan ini bersama2...akhirnya hari nie last dah kita di sini...

agak2 terkilan jugak lah sebabnya duit elaun x dapat..
duit elaun kami setiap bulan 200..kiranya 5 bulan 1000..
tapi kami memang x dapat elaun..agak2 terkilan jugaklah..sedih tetap sedih..
duit elaun 2 lah dinanti2 kan oleh kami untuk guna masa wat report akhir,balik kulim n belanja famili..
tapi angan2 untuk dapat elaun memang x da..mungkin dugaan untuk kami di sini..
tup tap tup tap bab kata sahabat saya..hehehe..kempunan kami untuk memiliki elaun...
balik rumah pakat duk meleleh air liur gara2 kempunan nak memiliki elaun...:))
sabar je lah wahai kawan2...janji hari nie kta dah tamat praktikal..
lepas nie kira kita merdeka 2 bulan..
merdeka merdeka jugak..report akhir jangan lupa wat k...

saya ingin meminta maaf berbanyak2 kepada semua kawan2 yang berada di puncakmas..
jika 5 bulan nie saya ada wat salah silap yang menghiris hati sekalian,saya ingin memohon keampunan...
maafkan saya...manusia tiada sempurna semuanya tetap melakukan kesalahan..


Tuesday, April 26, 2011

~~Sembuhkanlah penyakit ayahanda~~

Ayahanda kerap sekali sakit sejak kebelakangan nie...
mungkin sebab usianya yang kian meningkat dari sehari ke sehari.. 
ayahanda mengidap penyakit darah tinggi...
pertama kali mendapat berita bahawa ayahanda sakit sampai tahan di hospital..
betapa sedihnya hati nie tatkala mendengar berita bahawa ayahanda sakit...
keluarga langsung x mengkhabarkan kepada saya tentang penyakit ayahanda...
ayahanda disahkan menghidap penyakit darah tinggi..
sebelum tu ayahanda terasa tangannya langsung x boleh nak angkat..
mak pun suruh lah ayahanda g cek di klinik kerajaan tentang penyakit yang dialami oleh ayahanda...
ayahanda pun pergilah klinik desa..
betapa tingginya darah tinggi ayahanda sampai x dak nombor lah dikatakan..
apa lagi doktor pun tahanlah ayahanda di hospital..
tetapi biasalah namanya pun hospital kerajaan..
betapa ramailah pesakit di hospital tersebut..
sampai ayahanda harus kuar hospital berehat di rumah...
sebabnya hospital terlalu penuh smpai di lorng2 masuk hospital lah dikatakan..
tu sebab ayhanda harus kuar hospital...
kalau anakanda ada duit banyak tentu anakanda akan hantar ayahanda g hospital swasta..
tapi apa kan daya anakanda pun masih lagi belajar...
anakanda janji gan mak ayah akan belajar bersungguh-sungguh...
anakanda akan dapatkan kerja yang bagus2 untuk hadiahkan kejayaan anakanda kepada ayah dan mak..
nanti kalau mak ayah sakit,anakanda boleh hantar pergi hospital swasta...
x payah dah susah macam sekarang nie...
ayah mak doakanlah anakanda supaya berjaya di dalam pelajaran..
tinggal hanya setahun sahaja lagi untuk ananda berjuang dalam diploma..
insyaallah kalau da rezeki anakanda akan sambung ijazah...
anakanda harapkan doa dari mak ayah...
anakanda terlalu menyayangi mak ayah...
anakanda x sanggup melihat mak ayah sakit...
anakanda terlalu menyayangi mak ayah...
anakanda doakan ayahanda akan sembuh seperti sedia kala..
anakanda doakan mak gan ayahanda sentiasa sihat2 selalu..
anakanda sayangkan mak gan ayah...


wahai ayah mak
biar dirimu jauh diperantauan
kasih sayangmu tetap dihati

seringkali jiwa diuji
rindunya seorang anak pada ayah dan maknya
ingin sekali aku memelukmu
tiap kali ayah mak pulang
namun keegoan mengatasi

ayah
tahukah ayah
ayahlah heroku
melalui ayah
saya cuba menjalani hidup
bagaimana mengharungi hidup
bagaimana harus menabahkan diri

ayah mak
bukan saya tak pernah cuba untuk berjaya
tapi saya juga tidak mahu menghampakan ayah


ayah mak…
terima kasih ayah mak
ayah mak….
saya sayang ayah mak
ayah mak…
ayah saya rindu ayah mak

semakin lama memendam
bertambah lagi rindu ayah mak…

Ya Allah
lindungilah ayahku serta makku
peliharalah ayah mak sebagaimana ayah mak memeliharaku sejak kecil
peliharalah ayah mak sebaik-baiknya
lebih baik dari ayah mak memeliharaku sejak kecil ya Allah
kukuhkanlah ikatan keluarga kami
suburkanlah bait - bait cinta sesama kami
ayah,mak..
abang dan adik..
berikanlah kehidupan di dunia dan akhirat
dan jauhilah kami dari azab api neraka

WE LOVE YOU DADDY AND MUMMY





Friday, April 22, 2011

~~Rahmat sebalik ujian~~

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?

who.am.i

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi. 

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)”

sebelum saya baca ayat ini,hati begitu sedih sekali..
hati nie selalu memikirkan kenapa harus saya diberi ujian sebegini sekali...
kenapa saya??kenapa bukan orang lain??
setelah membaca ayat ini berulang kali barulah hati nie rasa lega teramat amat sangat..
ujian yang allah turunkan kepada kita tanda sayang-NYA dia terhadap saya..
saya x akan mengeluh lagi jika ujian yang menimpa ke atas diri saya..
saya akan hadapi dengan sabar dan tabah...
orang yang sabar dan tabah akan disayangi oleh ALLAH..
saya nak disayangi oleh allah...saya akan sabar selepas ini dengan ujian akan datang...
tapi saya x kuat..ujian baru sedikit sahaja saya dah menangis sampai nak banjir lah tempat yang saya duduk..
kenapalah saya harus mengalah dengan begitu sahaja...
padahal baru sedikit ujian yang ALLAH turunkan kat saya..
bukan ujian yang besar seperti mana Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya.
Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.
ya saya yakin setiap apa yang terjadi ALLAH mengetahui apa yang benar apa yang salah..
kenapa harus saya takut??kenapa harus saya panik??kenapa harus saya gelabah??
kenapa harus saya cepat menangis??kenapa harus saya mengalah??
jikalau saya dalam keadaan yang benar saya x perlu takut...
orang yang bersalah sahaja perlu takut dan perlu malu dengan orang len..
saya x pernah kacau orang mahupun nak menjatuhkan orang..
saya dah dididik dari kecik sampai sekarang dengan ilmu agama..
mak ayah kata "kita harus hormat dengan orang tua,kawan2 serta orang di sekeliling".
ya sebab itu lah kalau orang nak marah ka nak kata pa ka saya amik keputusan dengan berdiam diri..berdiam diri lebih baik..itu paling bermakna yang pernah saya memiliki...
biarlah saya yang dipersalahkan seratus peratus pun kalau itu memuaskan hati mereka walaupun kebenarannya biarlah saya seorang yang tahu..
saya tetap akan sabar dan sabar...
saya x mahu bergaduh mahupun memarahi orang,saya lebih rela dimaki hamun atau dimarahi kalau itu lebih bek dripada bergaduh...
ALLAH berada di samping orang yang sabar dengan segala ujiannya..

Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!  

Wednesday, April 20, 2011

~~Nikmatnya dapat makan mempelam~~

Assalamualaikum semua,
pa khabar kawan-kawan blogger saya??
harap semunya cihat2 belaka...
sudah agak lama saya tidak update blog..
agak sibuk sejak 2 minggu nie..
al-maklumlah dah nak habis praktikal..bertambah sibuk lah....
lepas nie berehat 2 bulan lah kat rumah..
bertambah cubby lah saya nanti...
hai bukan senang nak makan masakan mak kan kan..
dah cuti 2 bulan nie makan lah sepuas2nya..
pas nie masuk asrama x dapatlah nak makan sedap2 la...hehehhehehe...

terima kasih cydah ajuan kerana beri saya 2 bijik mempelam..
mulanya saya tengok lah kekawan makan mempelam..
mau terliur jugak lah air liur nie...
mulanya saya wat do no jer..hai tapi x tertahan lah tengok kawan2 makan mempelam..
sudah lama rasanya x makan mempelam..
last makan mempelam pun tingkatan dua...
sebabnya apa ya...sebab pa nya mestilah kena pantang...
sebabnya saya da asma...orang ada asma nie kena pantang buah2an,air ais...
buah2an ja lah yang pantang pun air ais ooo x boleh lah pantang...
x sehari kena air ais rasa x boleh duduk diam jer..mesti air tea ais menjadi kegemaran saya time lunch...

kalau di kampung mest ayah marah sangat..
kalau kat rumah ayah x bagi langsung minum air ais,mkn buah2an..
kalau ayah dapat tau minum air ais memang saya kenalah teruk...
byangkanlah dapat asma masa tingkatan 2 gara2 makan buah durian lah..
masa 2 kan musim durian makan x ingat dunia lah...
esok2 tu rasa sesak nafas sangat2...
ayah bawalah g klinik kita 2 doktor sahkan kena asma...agak teruklah msa 2 x boleh nak cakaplah..
doktor bagi sedut gas..pas 2 doktor bagi ubat..
sejak hari tu kenalah makan ubat sampai sekarang..
cemuhh aihhh makan ubat...
sampai ke hari nie lah ada asma..x suka btullah...
tapi nak wat camana dah takdir...

nie lah keadaan saya masa mula2 kena sedut gas nie..
seksa tau hanya allah je tau..
sekali jer sedut gas nie la nie dah kurang asma...

sejak2 disahkan asma saya dah x makan benda2 yang sejuk...
laksa makanan favourite saya pun terpksa dilupakan...
tapi la nie semua saya makan..x larat lah nak pantang...
nak sakit sakit jugak kan...kalau nak mati mati jugak kan walau pantang cmana pun...
hari nie betapa nikmatnya dapat makan mempelam...
ya allah betapa sedapnya rasa mempelam nie..
dengan masamnya tambah pula ditambah dengan garam...
fuhhhh sedap x terkata....
tapi nanti malam mesti sempot..makan mempelam banyak gila...
x pa ubat ada makan ja lah..cakap senang lah nabila tau kat ayah mati kena marah2 teruk...
hehehe janganlah gitau kat ayah saya..rahsia tau!!!!

mempelam nie lah yang dibawa oleh cydah..
terima kasih cydah!!!sedap gila...


cydah nanti wat mai agi tau mempelam...
kat rumah aku x dak mempelam kalau ada pun x leh makan huhuhu sedih....
sejak duk jauh dri mak ayah lah makan dah x pantang...
maaf ayah sebab adik x pantang tapi x bolehlah pantang...
x tertahan rasanya...la nie siang malam air ais ja...
x pantang langsung t sakit mengadu lah kat nizam..
ha pa lagi si nizam tu kalau berleter kalah mak gan ayah la..
"dah tau sempot makan x mau pantang..makan air ais pa la..t sakit nizam yang susah..."
pa lah..sbar erk layan kerenah saya nie...
hehehe...maaf...

k sampai di sini kisah saya..
moral value: yang sakit macam saya pantang lah sama..ingatlah orang yang tersayang...




Tuesday, April 12, 2011

iman tergugat tatkala melihat pelbagai jenis makanan~~~~


hari nie adalah hari first day saya qada puasa...
al-maklumlah nama pun wanita..
x dapat nak berpuasa penuh pada bulan ramadhan..
jadi yang mana tertinggal masa bulan posa kenalah qada puasa...
agak malas jugaklah sya nak ganti puasa masa hari2 besa..
al-maklumlah cabaran begitu mencabar...
bukan kerana masalah len tapi kerana tak tertahan melihat orang makan...
hehehehe...tapi terpaksalah menahan kan..
tidak, rugilah dah setengah hari posa dah nak buka..
rugi kan....bukan senang nak posa time2 mcam nie...

time posa nie lah nak makan macam2..
time x posa x mau pula makan macam2...
dugaan..dugaan...dugaan...
terliur rasanya tatkala melihat cucur ikan bilis,cucur jagung...
first sekali tertengok cucur nie dalam mr google...
fuhhhh betapa sedapnya cucur2 di dalam tu...
tergugat iman betullah...
nasib iman kuat kalau x tadi memang dah buka posa rasanya....
:))

jangan kata tengok cucur pun dah terliur tertengok air masak pun dah terliur...
hehehehe...padahal air masak jer pun bukannya sedap...
tapi tu lah dugaan untuk orang berposa...
dah tertengok cucur ikan bilis,cucur jagung tu kan..
rasa teringin pula nak wat cucur ikan bilis masa buka posa nanti...
entah jadi entah x...al-maklumlah saya bukannya reti masak..
setakat masak2 simple bolehlah...
belum cuba belum tahu lagi kan...
mana tau t masak kalah chef wan 2....:)
alahai perasannya saya...x da r saya gurau2 jer...
chef wan dah pro dalm masak2 nie..
saya budak mentah lah katakan...

dalam fikiran nie dah pikir nak makan apa satgi tuk berbuka posa...
nak makan cucur ikan bilis,waffer,bihun goreng..
waooo nafsu makan semata2...hehehehhe....
kalau kat rumah nie memang mak berleter teruk nie...
nak posa tapi time buka posa alahai macam2 yang nak makan...
yang jadi mangsanya mak lah kena masak makanan yang saya nak makan 2...
kesian kat mak..tapi sedih tu adalah jugak...buka posa kena lah masak sendiri..
kalau malas nak masak pergi jer beli kat kedai...abar jer nak makan pa pun..
cuma sediakan duit ajalah...

alahai lambatnya nak tunggu pukul 7.30...
x sabar nak buka posa...satgi nak singgah kedai mee durka..
sedapp tau kedai mee durka 2...
macam2 ada...mee goreng,bihun goreng....
abar je nak apa....
sabar2....masa tu sekejap jer pejam celik pejam celik dah nak maghrib...
hehehehehe...k lah sampai di sini sahaja entry saya tuk kali nie....


Sunday, April 10, 2011

~terima kasih cintaku~

Assalamualaikum semua...
hari nie adalah hari yang paling gembira dalam hidup ini...
gembira kerana dapat ketemu dengan kekasih hati...
setelah dua bulan tidak ketemu...
betapa rindunya saya kepada dia....
nak wat macam mana sorang duk kulim sorang lagi duk kat alor star...
tapi nak ketemu 2 memg susah lah kan....

tapi hari nie dia datang untuk menyambut hari ulangtahun kami berdua...
hari ulangtahun yang ke 4 tahun..
dalam masa 4 tahun pelbagai liku2 yang kami alami bersama2...
dia sanggup cuti kerja semata2 untuk menyambut hari ulangtahun kami..
betapa terharunya diri ini atas segala kebaikan dia terhadap saya..
betapa tulusnya dan jujurnya dia terhadap saya...
betapa setianya dia terhadap saya selama 4 tahun ini...
betapa sabarnya dia melayan kerenah saya yang kebudak2an selama ini...
i love u forever....

hari nie memang hari yang paling gembira dalm hidup ini...
kami menghabiskan masa bersama2 dengan bercerita itu ini...
betapa kecohnya diri ini untuk bercerita itu ini...
hehehe dia terpksa mengalah dengan mendengar luahan dari hati ini..
tapi yang bestnya dia belanja saya makan kfc,wayang,bihun sup...
hari2 ketemu dia boleh alami kegemukan...
jumpa2 jer kfc pasti akan menjadi plihan kami berdua...
bukan shaja kfc tetapi makanan lain turut menjdi pilihan kami...
macam laksa,bihun sup.ais kacang...
x dapat bayangkan betapa kenyangnya dibuatnya...
terima kasih awak kerana tidak berkira hal2 duit seperti nie dengan saya...
betapa mulianya hati awak...saya berdoa semoga awak sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki olehnya...
hanya allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan awak terhadap saya selama ini..
amin..

walaupun pemberian nya tidak lah semahal harga barang kemas tetapi kerana ikhlasnya yang menjadi
pemberian hadiah paling bermakna dalam hidup saya..
tiap2 tahun ulangtahun kami berdua pasti dia akan menyambut dengan memberi hadiah...
tetapi saya tidak kisah semua itu janji dia ingat hari yang bermakna ini..
pelbagai cabaran jugaklah nak terima si dia masa dahulu2...:)
tetapi saya bersyukur kerana ditemukan dengan dia..

inilah hadiah yang paling bermakna yang pernah saya memiliki..
betapa sebaknya hati ini tatkala melihat hadiah ini...
inilah hadiah yang paling bermakna,saya akan jaganya sebaik mungkin..

betapa terharunya...terdapat kaabah di dalamnya..

sebak hati ini tatkala melihat kaabah...

hadiah yang ke2 adalah frame gambar...

saya akan jaganya sebaik mungkin..thank a lot...

terima kasih awak kerana memberi hadiah kepada saya..
walaupun harganya x mahal tapi saya x kisah aslkan pemberian ini ikhlas dri awak..
terlalu bermakna hadiah ini kepada saya..terima kasih cintaku...




Thursday, April 7, 2011

belajar untuk menukar image....

Assalamualaikum..
Selamat membaca kisah hidup saya...:)

entry kali nie adalah berkenaan dengan diri saya..
ini benar-benar terjadi bukannya cubaan...
ahakkks kalau korang tau mesti korang akan tergelak berguling-guling kat atas lantai....
kalau korang nak tau kenalah follow saya selalu...
dan ikuti perkembangan saya selalu...
(mesti korang kata ingat artis ke kena ikuti perkmbngan saya selalu!)
hehehehehe...


cantik kan anak patung nie pakai selendang...
dari dulu lagi saya mengidam-gidam nak memakai selendang..
tapi ya la saya x cantik mana lah sesuai nak memakai selendang...
hanya mampu melihat kawan2 memakai selendang je la...
sebelum nie saya hanya memakai tudung biasa jer...
x reti nak bergaya macam orang lain...
tapi hati nie begitu teringin sangat untuk memakai selendang...
bila saya g kedai2 masti banyak selendang baru yang cantik2 dijual..
betapa jelesnya saya sebab x dapat nak memiliki selendang..
wat apa lah saya nak habiskan duit semata2 nak beli selendang kan..
kalau beli pun manalah saya reti pakai selendang...
dah lah pelbagai corak yang cantik2 dengan harga yang murah berbanding dngan harga tudung biasa...


sejak akhir2 nie saya dah cuba pelbagai jenis selendng..
tapi x lah secantik seperti patung yang memakainya..
saya nie x cantik macam patung...
setakat pakai tu bolehlah tapi x cantik macam anak patung yang pakai..
saya dah pandai bergaya dengan pelbagai jenis selendang..
nie hasil tunjuk dri kawan2 lah...

semalam saya g pasar malam belilah inner shawl yang berwrna hitam 2..
pagi nie datang kerja dengan bergayalah dengan gaya selendang...
tapi selendang yang biasalah...
tapi yang kelakar nya inner shawl yang saya pakai salah...
hehhehe habis kawan2 pakat gelakkan sya..tapi memang kelakarlah..
rasa macam nak mati jer saya..mau nya x bernyawa tengkuk nie..
rupa2nya pkai inner shawl salah smpai menjerat tengkuk...
nasib kawan suruh tukar pkai len tidak almatnya dah x dak la kt sini...
hehehheh akibat pakai inner shawl...:)

nie lah hasil memakai inner yang salah..
muka pun dah cuby dengan x boleh nak bernafas...
hehehhe..

nie lah hasil memakai inner yang betul...
rasa tengkuk boleh bernyawa...hehheehe...

nie hasil memakai selendang tanpa inner..
cubyy...

macam model selendang lah pula...
tengok2 balik x sesuailah memakai selendang..
tapi dah teringin pakai jugaklah...