Friday, February 4, 2011

MAAFKAN AKU,SAYANG

                                           bercinta dan berkasihlah hanya kerana ALLAH


Lidahku kerap berdusta
Menyatakan sesuatu yang mampu buat kau derita
Hakikatnya
Hati kecilku tidak pernah terniat melakukannya

Lidahku kerap berdusta
Menafikan keinginan jiwa
Lalu hatiku bergelora
Gelojak buat aku makin terseksa
Tingkahku sering sumbang

Langkahku acap kecundang
Bila wajahmu kupandang
Permasalahanku pasti hilang
Namun kerap kunafikan hak hatiku

Sehingga suatu hari kau hilang meski dekat
Kerana lidahku yang kerap berdusta
Lantaran hati yang derita

Aku rindu padamu
Aku rindu senyumanmu
Aku rindu kamu

Mampukah aku ranapkan amarah
Mampukah aku ubati hati yang berdarah

Hatiku masih sayangkanmu
Maafkan aku sayang
Kerana tidak mampu aku padam ukiran namamu di hatiku...


No comments:

Post a Comment